Rabu, 10 Disember 2014

SALAM CINTA DAMAI

SALAM CINTA DAMAI



Bermaksud: “Tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah saya (Nabi Muhammad S.A.W.) ajarkan kamu satu perkara, apabila kamu mengamalkannya, kamu dikira berkasih sayang? Sebarkan salam dalam kalangan kamu .”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Keterangan: Kasih sayang adalah sifat asas manusia yang beriman. Ini dapat dibuktikan dengan menyebarkan salam, kasih sayang dan rasa hormat-menghormati. Oleh yang demikian, tidak rugi sekiranya kita sentiasa memberikan salam kepada kedua-dua ibu bapa dan ahli keluarga kita, guru dan kawan-kawan, malah orang yang tidak dikenali sekalipun.


(SUMBER: 70 HADIS MUDAH HAFAL, MUDAH AMAL)

Dapatkan buku 70 HADIS MUDAH HAFAL, MUDAH AMAL di sini:

MUSLIM SEJATI

MUSLIM SEJATI
  
Bermaksud: “Seseorang itu adalah Muslim apabila Muslim yang lain selamat daripada lidah dan tangannya.”

 (Hadis riwayat Bukhari )

Keterangan: Muslim yang baik tidak akan berbuat jahat kepada sesama Muslim yang lainnya. Mereka sentiasa bantu-membantu, bertoleransi, bekerjasama dan berkasih-sayang.


(SUMBER: 70 HADIS MUDAH HAFAL, MUDAH AMAL)


Dapatkan buku 70 HADIS MUDAH HAFAL, MUDAH AMAL di sini:

ORANG ISLAM ITU BERSAUDARA

ORANG ISLAM ITU BERSAUDARA



Bermaksud: “Orang Islam bersaudara sesama saudara Muslim yang lain, mereka tidak boleh menganiaya dan membiarkan sesama mereka teraniaya.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Keterangan: Apabila seseorang itu memeluk Islam ataupun lahir sebagai seorang Muslim, mereka perlu menyedari dalam Agama Islam semua penganutnya adalah bersaudara. Ini bermaksud, apabila ada saudara kita memerlukan pertolongan, wajib kita menolong mereka dan begitu sebaliknya.


(SUMBER: 70 HADIS MUDAH HAFAL, MUDAH AMAL)


Dapatkan Buku: 70 Hadis Mudah Hafal, Mudah Amal di Sini:

Selasa, 9 Disember 2014

ZIKIR PAGI DAN PETANG



Assalamualaikum.....

Mencari amalan-amalan yang sahih untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita adalah penting. Contohnya amalan zikir-zikir harian yang sahih dari amalan Nabi Muhammad S.A.W.

Saya tertarik untuk berkongsi dengan anda semua dua buah buku kecil tetapi besar manfaatnya. Hasil susunan dua tokoh besar iaitu Al Imam As Syahid Hassan Al Banna dan Dr. Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman.

Yang seronoknya buku kecil ini murah, Buku Al-Mak'thurat kecil (RM3.00 bagi 3 buah (seikat)) manakala Buku Zikir Pagi Dan Petang (RM4.00 sebuah)...tetapi hasil dari mengamalkan salah satu atau kedua-duanya Insya Allah anda tidak rugi. Amalan yang sahih dari Rasulullah S.A.W. Jadikanlah amalan untuk mendinding diri daripada sihir, ilmu hitam, gangguan iblis dan sebagainya. Selain itu juga agar kita mendapat rezeki yang diberkati, dan yang paling penting sekali agar kita mendapat rahmat Allah dan Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Alangkah indahnya jika kita dapat mengadakan usrah-usrah kecil bersama-sama ahli keluarga, rakan-rakan, pekerja-pekerja dengan membacanya dalam masa lebih kurang 15 minit sahaja sebelum memulakan kerja di awal pagi dan selepas berakhirnya waktu kerja selepas solat asar. Kita boleh berbual-bual, bersyarah malah bermesyuarat berjam-jam lamanya tanpa rasa jemu, namun takkan berzikir dengan zikir-zikir yang ma'thur sebegini kita berasa jemu.

Barangkali ada yang menganggap perkara ini kecil. Tetapi jika Allah mahu memberi Rahmatnya kepada kita Allah tidak menilai perkara itu kecil atau besar tetapi Allah memandang kepada keikhlasan kita.

Saya kadangkala terfikir...banyak orang yang menghantar "amaran-amaran" di dalam whatsapp, facebook, tweetter dan sebagainya berkaitan dengan perkara-perkara yang akan mendatangkan mudarat jika kita "baca" atau kita "dengar". Contoh; "jangan angkat telefon apabila mendapat panggilan dari nombor berikut 01............. nanti anda akan di pukau. Atau ada juga yang menghantar "jangan baca message yang berbunyi ................... nanti anda dipukau". Mengapa perkara-perkara seperti itu yang perlu kita besar-besarkan, sedangkan ada amalan-amalan yang benar-benar memberi manfaat serta sahih buat diri, keluarga dan umat kita tidak besar-besarkan. Amalan-amalan wajib dan amalan-amalan sunat yang sahih kita tangguh-tangguhkan atau kita abaikan. Bukankah ianya memberi kerugian? Jika kita kaitkan dengan firman Allah dari surah al Asr, memang tepat sekali.






 Jadi  kini pilihan di tangan kita. Mari kita bersama amalkan..TAZKIRAH UNTUK DIRI SENDIRI.

Ya, bagi memudahkan anda mendapatkannya tanpa perlu bersusah payah ke kedai buku...(kecuali kedai buku tersebut hampir dengan rumah anda) Sila klik di link yang dipaparkan di bawah gambar buku tersebut untuk membuat tempahan.


http://www.stormreaders.net/nProductCode=TBBK1149/bestari


http://www.stormreaders.net/nProductCode=TBBK1107/bestari

Sabtu, 6 Disember 2014

SERUAN AZAN

SERUAN AZAN


øÉ@ú¼@»A òÏ@ø§Aòe ôK@øUòD@ò¯ òÕAòf@ø÷Ä@»A òO@ô¨@øÀ@òm AògGø


Bermaksud:“Apabila kamu mendengar azan, maka segera penuhi panggilan Allah itu.”
(Hadis Riwayat Baihaqi)


- Apabila kita telah mendengar azan dari masjid-masjid atau surau-surau yang berhampiran dengan kita, maka janganlah kita berlengah-lengah lagi. Silalah kita penuhi seruan tersebut.

Khamis, 4 Disember 2014

MANFAAT MENZIARAHI KUBUR


MANFAAT MENZIARAHI KUBUR

(Dipetik daripada Kitab Rahsia kematian, alam akhirat dan kiamat-Imam al Qurtubi)

Para ulama berkata, “Sesuatu yang paling besar manfaatnya bagi hati adalah menziarahi kubur.”

            Apabila hati telah menjadi keras, maka ada empat cara yang boleh dilakukan untuk mengubatinya:

PERTAMA:  Membuang semua penyakit hati dengan cara menghadiri majlis taklim yang memberi pelajaran mengenai hikmah mengingati mati, cerita orang soleh, khabar baik dan ancaman. Semuanya dapat mengubah hati menjadi lembut.

 

KEDUA:        Banyak mengingati mati. Diceritakan bahawa ada seorang wanita datang kepada Aisyah R.A untuk bertanya tentang hatinya yang telah menjadi keras. Aisyah R.A lalu menjawab, “Perbanyakkanlah mengingati mati, kerana perkara itu dapat membuat hati mu menjadi lembut.” Wanita itu kemudian melaksanakan perintah Aisyah R.A sehingga hatinya menjadi lembut.

            Para ulama menyatakan bahawa mengingati mati dapat melembutkan hati, menghindarkan diri daripada perbuatan maksiat, menghindarkan diri mencari kesenangan dunia dan meringankan beban seseorang.

 

KETIGA:        Melihat orang mati. Melihat orang mati, mulai sakaratul maut sehingga jiwa dicabut, serta membayangkan apa yang yang akan berlaku kepada dirinya setelah dia meninggal dunia, dapat mengekang hawa nafsu, membuang kesenangan duniawi, menyebabkan mata tidak dapat terpejam dan badan tidak dapat berehat, serta memberikan motivasi untuk melakukan amal soleh.

            Diceritakan oleh Al Hasan Al Basri, bahawa ketika dia pergi melawat orang sakit, dia melihat orang tersebut menderita akibat sakaratul maut.

            Al Hasan Al Basri kemudian pergi menemui keluarga orang itu, dan sesampainya di sana dia melihat semua anggota keluarganya berada dalam keadaan pucat. Mereka lalu berkata kepada Al Hasan Al Basri, “Makanlah hidangan ini, semoga Allah S.W.T memberkati mu.” Al Hasan Al Basri kemudian berkata kepada mereka, “Kamu semua lebih berhak atas hidangan ini. Demi Allah, aku baru sahaja melihat orang yang sedang menanggung pedihnya sakaratul maut dan aku tidak akan berhenti melakukan amal untuknya sehingga aku berjumpa dengannya.”

            Ketiga-tiga perkara yang telah dinyatakan tadi amat berguna bagi orang yang hatinya menjadi keras dan banyak melakukan dosa. Juga untuk melindungi diri daripada pujuk rayu syaitan serta fitnah yang dibawanya, serta mengekang diri daripada melakukan perbuatan dosa.

            Apabila ketiga-tiga perkara tersebut tidak memberi perubahan kepada diri seseorang, maka alternatif terakhir adalah menziarahi kubur.

 

KEEMPAT:  Menziarahi kubur. Sebagaimana terdapat dalam sabda Rasulullah S.A.W., “Hendaklah kamu menziarahi kubur, kerana perkara itu dapat menjadikan diri mengingati kematian dan kehidupan akhirat, serta menjadikan diri untuk hidup zuhud.”

            Pertama, mendengar dengan telinga.

            Kedua, memberitahu pada hati akan Hari Berbangkit, serta memupuk di dalam hati

perasaan takut dan cemas ketika melihat orang mati.

Menziarahi dan melihat kubur orang Islam pengaruhnya lebih besar daripada perkara pertama dan kedua di atas.

Rasulullah S.A.W. bersabda,

øÒ@òÄ@òÍB@ò¨@óÀ@ô»B@ò· ój@òJ@òb@ô»A òo@ôÎ@ò»

“Mendengar berita tidak sama dengan melihat secara langsung.” (HR.Ibnu Abbas R.A)

(Teks hadis seperti ini hanya diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A.)

            Mengambil pelajaran secara langsung daripada orang yang akan meninggal dunia tidak dapat ditemui setiap masa, sehingga tidak dapat diterapkan kepada orang yang mahu mengubati hatinya dengan intensif. Sedangkan menziarahi kubur boleh dilakukan pada setiap masa dan manfaatnya lebih meresap ke dalam hati. Orang yang akan menziarahi kubur perlu memperhatikan serta melaksanakan adabnya. Tujuan seseorang menziarahi kubur bukan hanya sekadar mengunjungi kubur, tetapi untuk mengharapkan keredaan Allah S.W.T., mengubati hatinya yang kotor, serta menghadiahkan pahala bacaan al Quran kepada si mati.

Orang yang menziarahi kubur dilarang melakukan perkara berikut ini:

1.      Berjalan di atas kubur.

2.      Duduk-duduk di atas kubur.

3.      Membuka kasut atau selipar.

Apabila seseorang tiba di kubur, maka ucapkan:

 òÅ@ôÎ@øÄ@ø¿ôÛ@ó¿ ùÂôÌ@ò³ òiAòe ôÁ@ó¸@ôÎ@ò¼@ò§ óÂòÝ@ún@»A

Bermaksud:Selamat atas kamu semua, wahai orang mukmin, penghuni kubur.

(Hadis Riwayat Muslim, 249)

            At Tirmizi meriwayatkan dalam Al Jami’: Ada seorang lelaki mendatangi Rasulullah S.A.W., kemudian dia mengucapkan, “alaikassalam.” Rasulullah S.A.W. kemudian berkata, “Janganlah kamu mengucapkan ‘alaikassalam’, kerana itu salam untuk orang mati.”

            Orang yang menziarahi kubur hendaklah menghadapkan wajahnya ke kubur ketika sedang menziarah, seolah-olah di hadapannya ada orang yang masih hidup. Adapun adab bercakap dengan seseorang adalah menghadapkan wajah ke arah lawannya bercakap, begitu juga dengan mayat. Seperti ini juga yang perlu dilakukan ketika menziarahi kubur. Orang yang menziarahi kubur hendaklah mengambil pelajaran daripada orang mati yang sekarang berada di dalam tanah, terpisah daripada keluarga dan orang yang dicintainya, yang kematian datang kepadanya pada waktu yang tidak disangka-sangka.

            Wahai orang yang menziarahi kubur, ingatlah keadaan para saudara mu yang telah mendahului kamu, yang ketika hidup di dunia mereka sentiasa mengumpulkan harta dan berusaha menggapai angan-angan mereka. Tetapi bagaimana keadaan mereka sekarang, ketika angan-angan telah terputus, harta yang mereka kumpulkan tidak berguna, tanah telah menimbun kemegahan diri mereka, isteri mereka telah menjadi janda dan anak-anak mereka telah menjadi yatim dan sengsara.

Khamis,11 Safar 1436  / 4 Disember 2014

 

 

Rabu, 3 Disember 2014

HADIS LARANGAN MENAKUTKAN ORANG LAIN


 


 B@õÀ@ø¼@ôn@ó¿ òªø÷Ëòj@óÍ ÆòC ùÁ@ø¼@ôn@óÀ@ø» û½@@øZ@@òÍ Üò


Maksudnya: Tidak halal bagi seseorang Muslim, menakutkan sesama Muslim.
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad)

Pengajaran: Perbuatan menakut-nakutkan sesama orang Islam adalah perbuatan yang tidak berfaedah dan membuang masa. Allah mengharamkan perbuatan itu kerana banyak kerugian yang berlaku, kesan daripada perbuatan itu.

(Sumber: Buku 70 hadis mudah hafal, ,mudah amal)

Selasa, 2 Disember 2014

HADIS SOLAT TIANG AGAMA


ÂB@™A ˜B@Î@M ÑÝ@u

óÑòÝúv»A óÊóeôÌ@óÀ@ò§òË ,óÂòÝ@ômøâôA øjô¿òÞôA ópôCòi

  .ÑÝ@u É»AeA …2˜B@ÎM ÆAe ,ÂÝmG É»AeA ÅmËiËA µ@‡ÃÌ@Š :…eÌv@´¿

(Ðh@¿j@N»A ÉλËA Å·iÌ@ŠÜe ɼM Å@ÍA S@Íf@Y)

Jumaat, 21 Disember 2012

KISAH MARYAM DALAM AL QURAN
 
Nyaman sungguh angin di taman,
Terasa aman sungguh selesa,
Sebuah kisah dalam al Qur’an,
Kisah Maryam bonda Isa.
 
Dipetik dari Surah Maryam (surah ke 19) ayat 16-40.
16. dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di Dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika Dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur.
 17. kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: roh dari Kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki Yang sempurna bentuk kejadiannya.
 18. Maryam berkata: Sesungguhnya Aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah Engkau seorang Yang bertaqwa.
 19. Dia berkata: "Sesungguhnya Aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci".
 20. Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah Aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal Aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan Aku pula bukan perempuan jahat?"
 21. Dia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari kami; dan hal itu adalah satu perkara Yang telah ditetapkan berlakunya.
 22. maka Maryam pun hamil, lalu ia memencilkan diri Dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.
 23. (ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata Alangkah baiknya kalau Aku mati sebelum ini dan menjadilah Aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!
 24. lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" janganlah Engkau berdukacita (Wahai Maryam), Sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.
 25. dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.
 26. "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya Aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah Aku menyatakan Yang demikian) maka Aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini".
 27. kemudian baliklah dia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya Engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!
 28. " Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!"
 29. maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. mereka berkata (dengan hairannya): "Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?"
 30. Isa menjawab:" Sesungguhnya Aku ini hamba Allah;Dia(Allah) telah memberikan kepadaKu Kitab (Injil), dan  Dia (Allah) telah menjadikan daku seorang Nabi.
 31. dan Dia(Allah) menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.
 32. " serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.
 33. dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari Aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)".
 34. Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.
35. tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak.  Maha Sucilah Dia apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah ia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia.
 36. dan Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia. Inilah jalan yang betul - lurus ".
 37. Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. maka kecelakaanlah bagi orang-orang kafir (yang berselisihan) itu, dari apa yang disaksikan pada hari yang besar huru-haranya.
 38. sungguh jelas pendengaran dan penglihatan mereka yang kafir itu semasa mereka datang mengadap Kami pada hari akhirat. tetapi orang-orang yang zalim (dengan perbuatan kufur dan maksiat) pada masa di dunia ini, berada dalam kesesatan yang nyata
 39. dan berilah amaran (Wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.
 40. Sesungguhnya Kamilah Yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.
P.S: BUAT RAKAN-RAKAN BERAGAMA KRISTIAN SEMPENA SAMBUTAN KRISMAS, SEMOGA MENDAPAT TAUFIQ DAN HIDAYAH DARI ALLAH.


Sabtu, 18 Ogos 2012

ASSALAMUALAIKUM,
Selamat Hari Raya Idul Fithri.
Taqabbalallahu ming kum.

Khamis, 19 Julai 2012

BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR

PENGERTIAN QADAK DAN QADAR
Pengertian Qadak : Pelaksanaan ke atas ketentuan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk
Pengertian Qadar: Ketentuan sesuatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah sejak azali.

CONTOH QADAK : Rezeki, ajal dan umur seseorang.
CONTOH QADAR : Berlatih bersungguh-sungguh dalam sukan dan permainan tetapi tewas dalam 
                                  pertandingan.
BUKTI YANG MENUNJUKKAN BAHAWA ADANYA QADAK DAN QADAR:
1. Kelahiran manusia.
2. Kematian manusia.
3. Kejadian alam.

DALIL NAQLI:
 
Maksudnya: Sesungguhnya kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan.
(Surah al Qamar 54: 49)




Maksudnya: Kami (Allah) telah takdirkan (tentukan) kematian dalam kalangan kamu dan tidaklah kami dapat dihalang atau dikalahkan.
(Surah al Waqiah 56:60)

HUKUM MEMPERCAYAI QADAK DAN QADAR
- Merupakan rukun iman yang keenam.
- Wajib dipercayai oleh setiap orang Islam.

CARA BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR
*Mempercayai bahawa segala sesuatu yang terjadi di alam ini, termasuk juga pada diri manusia, baik dan buruk, suka atau duka, gerak-geri yang berlaku, semuanya tidak terlepas daripada takdir dan ketentuan Allah SWT.

* Segala perbuatan yang berlaku, sama ada yang baik atau yang jahat adalah dengan kehendak dan takdir daripada Allah. Perbuatan baik itu berlaku dengan keredaan daripada Allah dan perbuatan yang jahat berlaku bukan dengan keredaan-Nya.

Rabu, 18 Julai 2012

ALLAH BERSIFAT KALAM

PENGERTIAN KALAM
Kalam menurut bahasa ialah berkata-kata.

 MAKSUD ALLAH BERSIFAT KALAM
Maksudnya Allah Maha berkata-kata. Allah bertitah menyampaikan perintah dan larangan. Allah menyampaikan janji untuk membalas kebaikan dan kejahatan manusia. Allah bertitah dengan kalam-Nya yang azali yang tidak menyerupai kalam makhluk.

HUKUM BERIMAN DENGAN SIFAT KALAM
Wajib ke atas setiap muslim mempercayai Allah bersifat Kalam.

DALIL NAQLI


Maksudnya: Dan Allah telah berbicara kepada Nabi Musa dengan kata-kata secara langsung.
(Surah an Nisa' 4: 164)


 DALIL AQLI
* Orang bisu dianggap cacat. Sedangkan manusia pun tidak suka dengan sifat bisu, tentulah tidak layak bagi Allah SWT.

* Yang Maha Sempurna tidak bersifat dengan sifat bisu. Justeru, Allah SWT wajib bersifat Kalam.

(Kalam ialah berkata-kata)
* Lawan kalam ialah bisu. Bisu adalah sifat kekurangan. Allah tidak ada kekurangan. Allah Maha Sempurna. Mustahil Allah bersifat bisu.

KESAN BERIMAN DENGAN SIFAT KALAM
1. Melakukan suruhan Allah den meninggalkan larangannya.
2. Sentiasa membaca al Qur'an dan memperbanyakkan zikir.
3. Bercakap benar, lemah-lembut dan sopan.
4. Suka memberi dan menerima nasihat.


Selasa, 10 Julai 2012

HURAIAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA


HURAIAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
1.  MAKAN ATAU MINUM DENGAN SENGAJA
·         Tidak batal puasa orang yang makan dan minum dalam keadaan terlupa dan tidak sengaja.
2.      MEMASUKKAN SESUATU KE DALAM RONGGA BADAN
·         Tidak batal puasa memasukkan air atau sesuatu benda ke dalam mulut, hidung dan telinga yang tidak melebihi had yang dibenarkan.
3.      BERBUKA SEBELUM MASUK WAKTU BERBUKA
·         Batal puasa sekiranya berbuka sebelum masuk waktunya kecuali terlupa.
4.      MUNTAH DENGAN SENGAJA
·         Tidak batal puasa orang yang termuntah dengan tidak sengaja.
5.      PENGSAN SEPANJANG HARI
·         Tidak batal puasa orang yang pengsan dengan kadar yang sekejap atau seketika.
6.      GILA
·         Puasa terbatal jika gila walaupun sekejap.
7.      HAID, NIFAS DAN ISTIHADAH
·         Puasa akan terbatal sekiranya keluar darah haid bagi perempuan yang sudah baligh. Begitu juga dengan nifas dan istihadah.
8.      MELAKUKAN PERSETUBUHAN PADA SIANG HARI
·         Batal puasa bagi suami isteri yang melakukan persetubuhan pada siang hari dalam keadaan berpuasa.
9.      MENGELUARKAN AIR MANI DENGAN SENGAJA
·         Puasa akan terbatal sekiranya air mani keluar dengan sengaja seperti menggosokkan kemaluan dan melihat gambar-gambar yang mengghairahkan sehingga keluar air mani. Tidak batal puasa sekiranya air mani keluar dengan tidak sengaja seperti bermimpi.
10.  MURTAD
·         Batal puasa sekiranya murtad walaupun sekejap.