NOTA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM



HURAIAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
1.      MAKAN ATAU MINUM DENGAN SENGAJA
·         Tidak batal puasa orang yang makan dan minum dalam keadaan terlupa dan tidak sengaja.
2.      MEMASUKKAN SESUATU KE DALAM RONGGA BADAN
·         Tidak batal puasa memasukkan air atau sesuatu benda ke dalam mulut, hidung dan telinga yang tidak melebihi had yang dibenarkan.
3.      BERBUKA SEBELUM MASUK WAKTU BERBUKA
·         Batal puasa sekiranya berbuka sebelum masuk waktunya kecuali terlupa.
4.      MUNTAH DENGAN SENGAJA
·         Tidak batal puasa orang yang termuntah dengan tidak sengaja.
5.      PENGSAN SEPANJANG HARI
·         Tidak batal puasa orang yang pengsan dengan kadar yang sekejap atau seketika.
6.      GILA
·         Puasa terbatal jika gila walaupun sekejap.
7.      HAID, NIFAS DAN ISTIHADAH
·         Puasa akan terbatal sekiranya keluar darah haid bagi perempuan yang sudah baligh. Begitu juga dengan nifas dan istihadah.
8.      MELAKUKAN PERSETUBUHAN PADA SIANG HARI
·         Batal puasa bagi suami isteri yang melakukan persetubuhan pada siang hari dalam keadaan berpuasa.
9.      MENGELUARKAN AIR MANI DENGAN SENGAJA
·         Puasa akan terbatal sekiranya air mani keluar dengan sengaja seperti menggosokkan kemaluan dan melihat gambar-gambar yang mengghairahkan sehingga keluar air mani. Tidak batal puasa sekiranya air mani keluar dengan tidak sengaja seperti bermimpi.
10.  MURTAD
·         Batal puasa sekiranya murtad walaupun sekejap

____________________________________________________________________________

ALLAH BERSIFAT KALAM
PENGERTIAN KALAM
Kalam menurut bahasa ialah berkata-kata.

MAKSUD ALLAH BERSIFAT KALAM
Maksud Allah Maha Berkata-kata. Allah bertitah menyampaikan perintah dan larangan. Allah 
menyampaikan janji untuk membalas kebaikan dan kejahatan manusia. Allah bertitah dengan 
kalam-Nya  yang azali yang tidak menyerupai kalam makhluk.

HUKUM BERIMAN DENGAN SIFAT KALAM 
Wajib ke atas setiap muslim mempercayai Allah bersifat Kalam.

DALIL NAQLI
 
 

Maksudnya: Dan Allah telah berbicara kepada Nabi Musa dengan kata-kata secara langsung.
(Surah An Nisa' 4:164)

DALIL AQLI
* Orang bisu dianggap cacat. Sedangkan manusia pun tidak suka dengan sifat bisu, tentulah tidak layak bagi Allah.
* Yang Maha Sempurna tidak bersifat dengan bisu. Justeru, Allah SWT wajib bersifat Kalam.
(Kalam ialah berkata-kata.)
*Lawan kalam ialah bisu. Bisu adalah sifat kekurangan. Allah tidak ada kekurangan. Allah Maha Sempurna. Mustahil Allah bersifat bisu.

KESAN BERIMAN DENGAN SIFAT KALAM
* Melakukan suruhan Allah dengan meninggalkan larangan-Nya.
* Sentiasa membaca al-Qur'an dan memperbanyakkan zikir.
* Bercakap benar, lemah-lembut dan sopan.
* Suka memberi dan menerima nasihat. 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan