Ahad, 27 Mei 2012

MOTIVASI DARI HADIS NABI SAW


MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW 

MENUMPUKAN PERHATIAN TERHADAP PENGABDIAN DIRI
KEPADA ALLAH S.WT
Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda: “ Allah SWT berfirman: ‘Wahai anak Adam! Luangkanlah diri mu untuk beribadat; nescaya Aku akan penuhkan dada mu dengan kecukupan, dan Aku menutup kefakiran kamu. Jika kamu tidak melakukannya nescaya Aku membuatkan diri kamu sentiasa dalam keresahan dan Aku tidak menutup kefakiran kamu.’”
(Riwayat at-Tirmizi)
(Sumber: 300 hadis bimbingan kearah mencari redha Allah, Zahazan Mohamad, Ahmad Hasan Mohd Nazam)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW

TIADA KETENANGAN DENGAN KEPINCANGAN AKHLAK
Daripada an-Nawwas bin Sam’an R.A.: Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang kebaikan dan dosa, lalu baginda menjawab: “ Kebaikan adalah akhlak yang baik, manakala dosa ialah apa yang berbolak-balik di dalam dada engkau dan engkau tidak gemar manusia mengetahuinya.”(Riwayat Muslim)
(Sumber: 300 hadis bimbingan kearah mencari redha Allah, Zahazan Mohamad, Ahmad Hasan Mohd Nazam)

MOTIVASI DARI HADIS NABI SAW


MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW 

MELAKUKAN AMALAN SECARA BERTERUSAN
Daripada Aisyah R.Ha, Nabi SAW bersabda: “ Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan  kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling sedikit Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat al Bukhari dan Muslim)
- Allah SWT tidak akan jemu memberikan ganjaran sesuatu amalan selagi mana seseorang itu tidak jemu beramal.
(‘Aun al-Ma’bud)
- Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi terputus. Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah secara berterusan.
(Syarah Sahih Muslim)
(Sumber: 300 hadis bimbingan kearah mencari redha Allah, Zahazan Mohamad, Ahmad Hasan Mohd Nazam)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI


MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW  

ORANG BAKHIL YANG SEBENAR
Daripada Ali bin Abu Talim RA, Nabi SAW bersabda: “Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar nama ku disebut tetapi tidak berselawat ke atasku.” (Riwayat at-Tirmizi)

-          Orang berkenaan disifatkan  sebagai bakhil kerana menghalang diri sendiri  daripada selawat  ALLAH SWT untuknya jika dia berselawat sekali.
-          Sebahagian ulama mengatakan wajib sekali selawat pada setiap kali disebut nama Baginda. Menurut pandangan yang lain, wajib sekali selawat dalam satu majlis yang disebut nama Baginda. Manakala ketika disebut nama baginda pada kali yang lain dalam majlis itu maka hukumnya adalah sunat. (Tuhfah al-Ahwazi)