MANFAAT
MENZIARAHI KUBUR
(Dipetik
daripada Kitab Rahsia kematian, alam akhirat dan kiamat-Imam al Qurtubi)
Para ulama
berkata, “Sesuatu yang paling besar manfaatnya bagi hati adalah menziarahi
kubur.”
Apabila hati telah
menjadi keras, maka ada empat cara yang boleh dilakukan untuk mengubatinya:
PERTAMA: Membuang semua penyakit hati dengan cara menghadiri
majlis taklim yang memberi pelajaran mengenai hikmah mengingati mati,
cerita orang soleh, khabar baik dan ancaman. Semuanya dapat mengubah hati
menjadi lembut.
KEDUA: Banyak mengingati mati.
Diceritakan bahawa ada seorang wanita datang kepada Aisyah R.A untuk bertanya
tentang hatinya yang telah menjadi keras. Aisyah R.A lalu menjawab, “Perbanyakkanlah
mengingati mati, kerana perkara itu dapat membuat hati mu menjadi lembut.”
Wanita itu kemudian melaksanakan perintah Aisyah R.A sehingga hatinya menjadi
lembut.
Para ulama
menyatakan bahawa mengingati mati dapat melembutkan hati, menghindarkan diri
daripada perbuatan maksiat, menghindarkan diri mencari kesenangan dunia dan
meringankan beban seseorang.
KETIGA: Melihat
orang mati. Melihat orang mati, mulai sakaratul maut sehingga jiwa dicabut,
serta membayangkan apa yang yang akan berlaku kepada dirinya setelah dia
meninggal dunia, dapat mengekang hawa nafsu, membuang kesenangan duniawi,
menyebabkan mata tidak dapat terpejam dan badan tidak dapat berehat, serta memberikan
motivasi untuk melakukan amal soleh.
Diceritakan oleh
Al Hasan Al Basri, bahawa ketika dia pergi melawat orang sakit, dia melihat
orang tersebut menderita akibat sakaratul maut.
Al Hasan Al Basri
kemudian pergi menemui keluarga orang itu, dan sesampainya di sana dia melihat
semua anggota keluarganya berada dalam keadaan pucat. Mereka lalu berkata
kepada Al Hasan Al Basri, “Makanlah hidangan ini, semoga Allah S.W.T memberkati
mu.” Al Hasan Al Basri kemudian berkata kepada mereka, “Kamu semua lebih berhak
atas hidangan ini. Demi Allah, aku baru sahaja melihat orang yang sedang
menanggung pedihnya sakaratul maut dan aku tidak akan berhenti melakukan amal
untuknya sehingga aku berjumpa dengannya.”
Ketiga-tiga
perkara yang telah dinyatakan tadi amat berguna bagi orang yang hatinya menjadi
keras dan banyak melakukan dosa. Juga untuk melindungi diri daripada pujuk rayu
syaitan serta fitnah yang dibawanya, serta mengekang diri daripada melakukan
perbuatan dosa.
Apabila
ketiga-tiga perkara tersebut tidak memberi perubahan kepada diri seseorang,
maka alternatif terakhir adalah menziarahi kubur.
KEEMPAT: Menziarahi kubur. Sebagaimana terdapat dalam sabda Rasulullah S.A.W., “Hendaklah kamu
menziarahi kubur, kerana perkara itu dapat menjadikan diri mengingati kematian
dan kehidupan akhirat, serta menjadikan diri untuk hidup zuhud.”
Pertama, mendengar
dengan telinga.
Kedua, memberitahu
pada hati akan Hari Berbangkit, serta memupuk di dalam hati
perasaan takut
dan cemas ketika melihat orang mati.
Menziarahi dan melihat kubur orang Islam pengaruhnya lebih besar
daripada perkara pertama dan kedua di atas.
Rasulullah S.A.W. bersabda,
øÒ@òÄ@òÍB@ò¨@óÀ@ô»B@ò· ój@òJ@òb@ô»A òo@ôÎ@ò»
“Mendengar berita
tidak sama dengan melihat secara langsung.” (HR.Ibnu Abbas R.A)
(Teks hadis
seperti ini hanya diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A.)
Mengambil pelajaran
secara langsung daripada orang yang akan meninggal dunia tidak dapat ditemui
setiap masa, sehingga tidak dapat diterapkan kepada orang yang mahu mengubati
hatinya dengan intensif. Sedangkan menziarahi kubur boleh dilakukan pada setiap
masa dan manfaatnya lebih meresap ke dalam hati. Orang yang akan menziarahi
kubur perlu memperhatikan serta melaksanakan adabnya. Tujuan seseorang
menziarahi kubur bukan hanya sekadar mengunjungi kubur, tetapi untuk
mengharapkan keredaan Allah S.W.T., mengubati hatinya yang kotor, serta menghadiahkan
pahala bacaan al Quran kepada si mati.
Orang yang menziarahi kubur dilarang melakukan perkara berikut ini:
1.
Berjalan
di atas kubur.
2.
Duduk-duduk
di atas kubur.
3.
Membuka
kasut atau selipar.
Apabila seseorang tiba di kubur, maka ucapkan:
òÅ@ôÎ@øÄ@ø¿ôÛ@ó¿
ùÂôÌ@ò³ òiAòe ôÁ@ó¸@ôÎ@ò¼@ò§ óÂòÝ@ún@»A
Bermaksud:Selamat
atas kamu semua, wahai orang mukmin, penghuni kubur.
(Hadis Riwayat
Muslim, 249)
At Tirmizi
meriwayatkan dalam Al Jami’: Ada seorang lelaki mendatangi Rasulullah S.A.W.,
kemudian dia mengucapkan, “alaikassalam.” Rasulullah S.A.W. kemudian berkata, “Janganlah
kamu mengucapkan ‘alaikassalam’, kerana itu salam untuk orang mati.”
Orang yang
menziarahi kubur hendaklah menghadapkan wajahnya ke kubur ketika sedang
menziarah, seolah-olah di hadapannya ada orang yang masih hidup. Adapun adab
bercakap dengan seseorang adalah menghadapkan wajah ke arah lawannya bercakap,
begitu juga dengan mayat. Seperti ini juga yang perlu dilakukan ketika
menziarahi kubur. Orang yang menziarahi kubur hendaklah mengambil pelajaran
daripada orang mati yang sekarang berada di dalam tanah, terpisah daripada
keluarga dan orang yang dicintainya, yang kematian datang kepadanya pada waktu
yang tidak disangka-sangka.
Wahai orang yang
menziarahi kubur, ingatlah keadaan para saudara mu yang telah mendahului kamu,
yang ketika hidup di dunia mereka sentiasa mengumpulkan harta dan berusaha
menggapai angan-angan mereka. Tetapi bagaimana keadaan mereka sekarang, ketika
angan-angan telah terputus, harta yang mereka kumpulkan tidak berguna, tanah
telah menimbun kemegahan diri mereka, isteri mereka telah menjadi janda dan
anak-anak mereka telah menjadi yatim dan sengsara.
Khamis,11 Safar 1436 / 4 Disember 2014