Ahad, 27 Mei 2012

MOTIVASI DARI HADIS NABI SAW


MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW 

MELAKUKAN AMALAN SECARA BERTERUSAN
Daripada Aisyah R.Ha, Nabi SAW bersabda: “ Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan  kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling sedikit Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat al Bukhari dan Muslim)
- Allah SWT tidak akan jemu memberikan ganjaran sesuatu amalan selagi mana seseorang itu tidak jemu beramal.
(‘Aun al-Ma’bud)
- Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi terputus. Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah secara berterusan.
(Syarah Sahih Muslim)
(Sumber: 300 hadis bimbingan kearah mencari redha Allah, Zahazan Mohamad, Ahmad Hasan Mohd Nazam)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan