Ahad, 22 Mei 2011

Peringatan jika ingin menguap.

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Apa khabar diri ini pada hari ini?
Hari ini hendak memperingati diri ini tentang menguap. Menguap itu asalnya dari syaitan. Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud: " Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salahs seorang dari kamu menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia katakan 'aaah...' maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap" Hadis riwayat At Tirmizi.

Oleh itu Razi... kalau hendak menguap amalkan adab berikut:
  1. Tahan menguap semampu yang boleh. Lebih-lebih  lagi jika ketika dalam solat. Dari Abu Sa'id, Nabi berpesan yang maksudnya " Apabila salah seorang dari kamu menguap dalam solatnya. hendaklah ia berusaha menahannya seboleh mungkin, sesungguhnya syaitan itu boleh masuk" Hadis riwayat Muslim.
  2. Meletakkan tangan di mulut. Dari Abu Sa'id juga, Nabi pernah bersabda yang bermaksud "Apabila salah seorang dari kamu menguap, hendaklah ia menahan mulutnya dengan tangannya kerana syaitan boleh masuk. Hadis riwayat Muslim.
  3. Menguap jangan ada bunyi... seperti aaah dan sebagainya.
  4. Janganlah bersuara dengan kuat ketika menguap. Atau sengaja bersuara dengan kuat dengan niat agar orang akan ketawa. (Nak buat lawak la kononya)
Alhamdulillah sampai di sini sahaja buat kali ini. Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan