Jumaat, 21 Disember 2012

KISAH MARYAM DALAM AL QURAN
 
Nyaman sungguh angin di taman,
Terasa aman sungguh selesa,
Sebuah kisah dalam al Qur’an,
Kisah Maryam bonda Isa.
 
Dipetik dari Surah Maryam (surah ke 19) ayat 16-40.
16. dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di Dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika Dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur.
 17. kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: roh dari Kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki Yang sempurna bentuk kejadiannya.
 18. Maryam berkata: Sesungguhnya Aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah Engkau seorang Yang bertaqwa.
 19. Dia berkata: "Sesungguhnya Aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci".
 20. Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah Aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal Aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan Aku pula bukan perempuan jahat?"
 21. Dia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari kami; dan hal itu adalah satu perkara Yang telah ditetapkan berlakunya.
 22. maka Maryam pun hamil, lalu ia memencilkan diri Dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.
 23. (ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata Alangkah baiknya kalau Aku mati sebelum ini dan menjadilah Aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!
 24. lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" janganlah Engkau berdukacita (Wahai Maryam), Sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.
 25. dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.
 26. "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya Aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah Aku menyatakan Yang demikian) maka Aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini".
 27. kemudian baliklah dia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya Engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!
 28. " Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!"
 29. maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. mereka berkata (dengan hairannya): "Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?"
 30. Isa menjawab:" Sesungguhnya Aku ini hamba Allah;Dia(Allah) telah memberikan kepadaKu Kitab (Injil), dan  Dia (Allah) telah menjadikan daku seorang Nabi.
 31. dan Dia(Allah) menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.
 32. " serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.
 33. dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari Aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)".
 34. Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.
35. tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak.  Maha Sucilah Dia apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah ia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia.
 36. dan Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia. Inilah jalan yang betul - lurus ".
 37. Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. maka kecelakaanlah bagi orang-orang kafir (yang berselisihan) itu, dari apa yang disaksikan pada hari yang besar huru-haranya.
 38. sungguh jelas pendengaran dan penglihatan mereka yang kafir itu semasa mereka datang mengadap Kami pada hari akhirat. tetapi orang-orang yang zalim (dengan perbuatan kufur dan maksiat) pada masa di dunia ini, berada dalam kesesatan yang nyata
 39. dan berilah amaran (Wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.
 40. Sesungguhnya Kamilah Yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.
P.S: BUAT RAKAN-RAKAN BERAGAMA KRISTIAN SEMPENA SAMBUTAN KRISMAS, SEMOGA MENDAPAT TAUFIQ DAN HIDAYAH DARI ALLAH.