Khamis, 19 Julai 2012

BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR

PENGERTIAN QADAK DAN QADAR
Pengertian Qadak : Pelaksanaan ke atas ketentuan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk
Pengertian Qadar: Ketentuan sesuatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah sejak azali.

CONTOH QADAK : Rezeki, ajal dan umur seseorang.
CONTOH QADAR : Berlatih bersungguh-sungguh dalam sukan dan permainan tetapi tewas dalam 
                                  pertandingan.
BUKTI YANG MENUNJUKKAN BAHAWA ADANYA QADAK DAN QADAR:
1. Kelahiran manusia.
2. Kematian manusia.
3. Kejadian alam.

DALIL NAQLI:
 
Maksudnya: Sesungguhnya kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan.
(Surah al Qamar 54: 49)




Maksudnya: Kami (Allah) telah takdirkan (tentukan) kematian dalam kalangan kamu dan tidaklah kami dapat dihalang atau dikalahkan.
(Surah al Waqiah 56:60)

HUKUM MEMPERCAYAI QADAK DAN QADAR
- Merupakan rukun iman yang keenam.
- Wajib dipercayai oleh setiap orang Islam.

CARA BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR
*Mempercayai bahawa segala sesuatu yang terjadi di alam ini, termasuk juga pada diri manusia, baik dan buruk, suka atau duka, gerak-geri yang berlaku, semuanya tidak terlepas daripada takdir dan ketentuan Allah SWT.

* Segala perbuatan yang berlaku, sama ada yang baik atau yang jahat adalah dengan kehendak dan takdir daripada Allah. Perbuatan baik itu berlaku dengan keredaan daripada Allah dan perbuatan yang jahat berlaku bukan dengan keredaan-Nya.

Rabu, 18 Julai 2012

ALLAH BERSIFAT KALAM

PENGERTIAN KALAM
Kalam menurut bahasa ialah berkata-kata.

 MAKSUD ALLAH BERSIFAT KALAM
Maksudnya Allah Maha berkata-kata. Allah bertitah menyampaikan perintah dan larangan. Allah menyampaikan janji untuk membalas kebaikan dan kejahatan manusia. Allah bertitah dengan kalam-Nya yang azali yang tidak menyerupai kalam makhluk.

HUKUM BERIMAN DENGAN SIFAT KALAM
Wajib ke atas setiap muslim mempercayai Allah bersifat Kalam.

DALIL NAQLI


Maksudnya: Dan Allah telah berbicara kepada Nabi Musa dengan kata-kata secara langsung.
(Surah an Nisa' 4: 164)


 DALIL AQLI
* Orang bisu dianggap cacat. Sedangkan manusia pun tidak suka dengan sifat bisu, tentulah tidak layak bagi Allah SWT.

* Yang Maha Sempurna tidak bersifat dengan sifat bisu. Justeru, Allah SWT wajib bersifat Kalam.

(Kalam ialah berkata-kata)
* Lawan kalam ialah bisu. Bisu adalah sifat kekurangan. Allah tidak ada kekurangan. Allah Maha Sempurna. Mustahil Allah bersifat bisu.

KESAN BERIMAN DENGAN SIFAT KALAM
1. Melakukan suruhan Allah den meninggalkan larangannya.
2. Sentiasa membaca al Qur'an dan memperbanyakkan zikir.
3. Bercakap benar, lemah-lembut dan sopan.
4. Suka memberi dan menerima nasihat.


Selasa, 10 Julai 2012

HURAIAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA


HURAIAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
1.  MAKAN ATAU MINUM DENGAN SENGAJA
·         Tidak batal puasa orang yang makan dan minum dalam keadaan terlupa dan tidak sengaja.
2.      MEMASUKKAN SESUATU KE DALAM RONGGA BADAN
·         Tidak batal puasa memasukkan air atau sesuatu benda ke dalam mulut, hidung dan telinga yang tidak melebihi had yang dibenarkan.
3.      BERBUKA SEBELUM MASUK WAKTU BERBUKA
·         Batal puasa sekiranya berbuka sebelum masuk waktunya kecuali terlupa.
4.      MUNTAH DENGAN SENGAJA
·         Tidak batal puasa orang yang termuntah dengan tidak sengaja.
5.      PENGSAN SEPANJANG HARI
·         Tidak batal puasa orang yang pengsan dengan kadar yang sekejap atau seketika.
6.      GILA
·         Puasa terbatal jika gila walaupun sekejap.
7.      HAID, NIFAS DAN ISTIHADAH
·         Puasa akan terbatal sekiranya keluar darah haid bagi perempuan yang sudah baligh. Begitu juga dengan nifas dan istihadah.
8.      MELAKUKAN PERSETUBUHAN PADA SIANG HARI
·         Batal puasa bagi suami isteri yang melakukan persetubuhan pada siang hari dalam keadaan berpuasa.
9.      MENGELUARKAN AIR MANI DENGAN SENGAJA
·         Puasa akan terbatal sekiranya air mani keluar dengan sengaja seperti menggosokkan kemaluan dan melihat gambar-gambar yang mengghairahkan sehingga keluar air mani. Tidak batal puasa sekiranya air mani keluar dengan tidak sengaja seperti bermimpi.
10.  MURTAD
·         Batal puasa sekiranya murtad walaupun sekejap.

Perkara-perkara yang membatalkan puasa